Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang
bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan
beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di
hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa
yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar
yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu
benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam
keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari
terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa
kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang
ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah,
"Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar
ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan
oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu
dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya
yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin
membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka
tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa
yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama
empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah
memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal
itu ?"
Jawab Rasulullah,
"Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "