Suatu
hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya Fathimah az-zahra rha.
Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan
menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah
s.a.w. bertanya pada anakdanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis
wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu
menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan
urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda menangis". Lalu
duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakdanya. Fathimah rha. melanjutkan
perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya)
mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan
mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakdanya
ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau
mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di
dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya
"Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan
sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair ke dalam
penggilingan tangan itu untuk anaknya dengan tangannya sedangkan penggilingan
itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah s.w.t. dalam
berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
Rasulullah s.a.w. berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar
dengan izin Allah s.w.t.", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu
penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t. yang berkuasa menjadikan
segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih,
"Ya Rasulullah s.a.w. , demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan
Baginda s.a.w. dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda
s.a.w. menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya
hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah
s.w.t.suatu ayat yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat
yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya
kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak hamba menjadi batu yang masuk ke
dalam neraka. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu,
"Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah
az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu
mendengar berita itu kemudian diamlah ia.
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anakdanya, "Jika Allah s.w.t.
menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya
untukmu. Akan tetapi Allah s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa
kebaikan dan dihapuskan oleh-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu
beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk
suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya dari setiap
biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu
derajat".
"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum
untuk suaminya maka Allah s.w.t. menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh
buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan
menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t. akan
mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu
orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya
Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah
s.w.t. akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari
kiamat".
"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami
terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku
doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami itu
daripada Allah s.w.t. dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.?. Ya
Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka
beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah s.w.t. akan mencatatkan
baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu
kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah s.w.t.
mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya
seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal
tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah
s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta
beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."
Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan
ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya
semua dan Allah s.w.t. akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan
dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya
seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan
umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah
s.w.t. akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana
yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk
suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit
(malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka Allah s.w.t. telah mengampunimu akan
sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya
Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan
memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah s.w.t. akan
memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah s.w.t. akan meringankan
sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari
taman-taman syurga serta Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari api neraka dan
selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".
Sabtu, 26 Januari 2013
Fatimah Az-Zahra dan Gilingan Gandum
Facebook Comments by
Media Blogger
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)